Piala Dunia
CBS Sports Golazo
Advertisements

Pasukan dari benua Afrika, Maghribi mencipta kejutan dengan mara ke suku akhir Piala Dunia 2022. Ini selepas Singa Atlas itu berjaya menewaskan pasukan gergasi Eropah, Sepanyol 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula seimbang sebaik sepak mula. Tetapi Maghribi terlebih dahulu mencemaskan pertahanan La Roja menerusi percubaan bek kanan PSG, Achraf Hakimi pada minit ke-12. Bagaimanapun, sepakannya langsung tidak mencemaskan Unai Simon. Dua minit selepas itu, Marco Asencio hampir mencuri bola daripada penjaga gol Yassine Bounou tetapi penjaga gol Sevilla itu segera menghantar bola kepada Romain Saiss sebelum ia dikeluarkan.

Sepanyol menyangka telah mendahului menerusi percubaan Ferran Torres pada minit ke-26. Bounou yang terlalu yakin dengan kawalan bolanya terkejut apabila bola hantarannya dicuri Dani Olmo sebelum ia dilorongkan kepada Torres. Torres menghantar bola kepada Gavi sebelum pemain tengah Barcelona itu meledakkan rembatan tetapi terkena palang sebelum ditolak bekas pemain Manchester City itu. Bagaimanapun, ia tidak dikira kerana Torres berada pada kedudukan ofsaid.

Advertisements

Maghribi yang menyerap asakan La Roja hampir saja mendahului pada minit ke-43 menerusi bek tengah West Ham, Nayef Aguerd. Ini selepas bek tengah Hammers itu berjaya menanduk bola sepakan percuma Soufiane Boufal tetapi tandukannya tersasar sekaligus melegakan Simon. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, La Roja terus mengasak kubu Singa Atlas. Asencio sekali lagi mencemaskan pertahanan Maghribi menerusi percubaan pada minit ke-55 tetapi Bounou berjaya menafikan percubaannya daripada menembusi gol Singa Atlas. Sementara percubaan Dani Olmo pada minit ke-78 langsung tak mengenai sasaran. Sementara percubaan pemain gantian Maghribi Walid Cheddira pada minit ke-86 gagal mencemaskan pertahanan Sepanyol.

Dengan keputusan 0-0 pada minit-minit akhir perlawanan, Sepanyol terus mengasak. La Roja hampir mendahului menerusi hantaran Olmo pada minit ke-95 tetapi berjaya dipintas Bounou dengan tandukan sepakan sudut susulan Aymeric Laporte pula tersasar. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat 90 minit.

Advertisements

Pada masa tambahan, Maghribi hampir mendahului menerusi Cheddira selepas menerima hantaran Azzedine Ounahi pada minit ke-104. Malangnya, cubaan penyerang Bari itu tepat ke arah Simon. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat masa tambahan sekaligus membawa kemenangan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Yassine Bounou Maghribi Sepanyol Piala Dunia 2022 RMC Sport Piala Dunia: Maghribi Tewaskan Sepanyol Secara Penalti, Mara Ke Suku Akhir
Sepakan penalti Carlos Soler dinafikan Yassine Bounou. Gambar: RMC Sport

Sepanyol bagai tidak percaya apabila sepakan Pablo Sarabia mengenai tiang dengan dua lagi sepakan Carlos Soler dan kapten Sergio Busquets dinafikan Bounou. Sementara Maghribi menyempurnakan tiga daripada empat sepakan penalti mereka termasuk sepakan penalti Hakimi bagi melayakkan Singa Atlas ke suku akhir.

Lawan Maghribi di suku akhir sama ada Portugal atau Switzerland yang bakal beraksi dalam perlawanan terakhir pusingan kalah mati. Siapa saja yang layak dijangka bakal menjadi lawan kuat buat anak-anak buah Walid Regragui sekiranya mahu layak ke separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram