Advertising
Penilaian Dion Cools Mencanak Naik Sejak Jadi Pertahanan Kanan
MakanBola
Aima/Malaysia

Penilaian yang diterima oleh pertahanan Buriram United, Dion Cools mencanak naik sejak beraksi pada posisi pertahanan kanan.

Pemain berusia 27 tahun itu mengharungi kempen cemerlang pada tahun keduanya beraksi bersama juara bertahan Thai League 1 itu.

Ad

Beliau yang menyertai pasukan itu pada Januari tahun lalu sering mendapat tempat untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Ad

Khidmat beliau kini terus digunakan sejak pasukan itu diambil alih oleh jurulatih kelahiran Brazil, Jorginho untuk terus mendominasi carta Liga Thailand.

Pengendali berusia 59 tahun itu bagaimanapun telah mengembalikan peranan asal bekas pemain Club Brugge itu ke bahagian kanan.

Ad

Beraksi dalam formasi 3-5-2, Cools diletakkan selaku right wing back ketika membantu Buriram United mengatasi Nakhon Pathom dengan keputusan 2-0.

Ad

Kapten Harimau Malaya beraksi buat kali kedua selaku pertahanan kanan dan berjaya meningkatkan penilaiannya secara mendadak.

Ad

Pemain kelahiran Sarawak itu dinilai setinggi 7.8 mata dalam dua aksi berbanding purata 7.1 sebagai pertahanan tengah sebelum ini menurut laman Sofascore.

Cools merekodkan 86 sentuhan dengan 85 peratus ketepatan hantaran dengan 7 hantaran lintang sepanjang 90 minit bermain.

Beliau juga melakukan dua gelecekan sempurna, 3 percubaan menerusi rembatan dan memenangi 7 perebutan bola.

Khidmat beliau sudah pasti akan ditagih oleh Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.