Penjaga Gol Akui Vietnam Makin Hilang Arah
Asia Tenggara
Filip Nguyen
Advertisements

Penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen mula gelisah melihat pasukannya menjelang pertemuan semula berdepan Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Beliau yang gusar melihat penyudah tumpul pasukannya ketika perlawanan lalu menggesa agar jentera serangan lebih tajam di hadapan gawang Indonesia bagi memastikan jaringan dapat dihasilkan untuk meraih kemenangan dalam perlawanan selepas ini.

Mengikut rekod data daripada Sofascore, Vietnam tidak pernah menjaringkan gol apabila beraksi menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno dalam mana-mana perlawanan rasmi sejak 2012.

Advertisements

“Perkara pertama yang perlu dipertingkatkan pasukan ialah penyudah ke arah gawang yang betul, kerana saya melihat statistik pasukan itu tidak pernah menjaringkan gol di Bung Karno,” kata penjaga gol tersebut menurut laporan VNexpress.

Pemain kacukan Vietnam-Republik Czech itu menyeru rakan sepasukannya untuk bermain lebih agresif bagi memastikan misi tiga mata dapat dicapai dalam pertemuan yang akan datang.

Advertisements

Tambahnya lagi, tiga mata kali ini amat penting bagi memastikan jurang mata di antara Vietnam dan Indonesia dalam kedudukan kumpulan dapat dijarakkan.

“Seluruh pasukan juga perlu bermain dengan lebih agresif. Jika kami memenangi perlawanan seterusnya, kami mempunyai dua mata lebih daripada mereka,” tambah penjaga gol berusia 32 tahun itu.

Advertisements

Beliau turut optimis mampu mengutip tiga mata penuh apabila beraksi di lama sendiri nanti meskipun tumpas kepada lawan yang sama sebelum ini menyebabkan mereka turun ketempat ketiga kumpulan F.

“Kami kehilangan kelebihan kami, tetapi kami tidak kehilangan harapan. Pertemuan semula akan mendatang, dan matlamat kami tidak berubah, iaitu untuk mendapatkan tiga mata.”

Advertisements

Terdahulu, Indonesia berjaya menumpaskan Vietnam 1-0 hasil jaringan Egy Maulana Vikri dalam aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.

Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu dalam aksi keempat peringkat kumpulan F di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa, 26 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram