Indonesia Lakar Kejutan Benam Vietnam
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Indonesia mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Vietnam untuk tahun 2024 selepas Indonesia sekali lagi memenangi perlawanan di antara kedua-dua pasukan bagi aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 sebentar tadi.

Indonesia menurunkan barisan terkuat bagi meraih kemenangan manakala Vietnam meletakkan dua bintang utama pasukan, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Tien Linh di bangku simpanan.

Perlawanan dimulakan dengan penguasaan bola lebih terarah kepada Vietnam manakala Indonesia dilihat lebih fokus untuk bertahan.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati dalam mencipta serangan namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Indonesia membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk Pratama Arhan dan Egy Maulana Vikri.

Ternyata percaturan Shin Tae-yong itu berjaya buat Indonesia selepas Egy berjaya mencipta jaringan pertama perlawanan melalui penyudah mudah hasil lontaran jauh menarik oleh Pratama Arhan pada minit ke-52.

Advertisements

Ketinggalan satu gol, Vietnam mula mengatur langkah untuk mendapatkan gol penyamaan.

Vietnam terpaksa menekan butang panik dengan membawa masuk penyerang berbisa mereka, Nguyen Tien Linh bagi mencari gol.

Advertisements

Walaupun menyerang dengan agak aktif di separuh masa kedua, namun kedudukan 1-0 itu kekal sehingga penghujung perlawanan sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat Indonesia.

Bagi aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026, Indonesia kini mengumpul empat mata dan menduduki tangga kedua di kumpulan F manakala Vietnam di tangga ketiga dengan dengan tiga mata.

Indonesia bakal bertandang ke Vietnam pada 26 Mac ini untuk aksi seterusnya bagi mengejar slot ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram