Penjaga Gol Korea Sepak Dada Pemain Singapura
MakanBola
AFC Hub

Penjaga gol Jepun menjadi bualan ramai selepas tindakannya untuk melutut dada pemain kebangsaan Singapura, Ryhan Stewart tular di laman sosial.

Aksi itu berlaku ketika pertembungan antara pasukan Kawasaki Frontale dan juga wakil Thailand, BG Pathum United yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada wakil Jepun.

Ketika aksi memasuki hujung permainan, penjaga gol Kawasaki Frontale, Sung Ryong-jung bertindak luar kawalan dengan melutut dada pemain BG Pathum.

Semuanya bermula apabila satu larian deras dilakukan oleh Ryhan ke dalam kotak penalti untuk mencabar bola.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu melakukan tindakan susulan dengan menghalakan lututnya ke arah dada pemain tersebut yang menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning.

BG Pathum memperoleh sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Victor Cardozo namun tidak mampu mengelak daripada kekalahan.

Rekod BG Pathum terus kurang membaik di Asia apabila gagal mencatatkan sebarang kemenangan daripada 3 perlawanan setakat ini dan menghuni tangga tercorot kumpulan.