Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ memberi jawapan mengenai teka teki kehadiran penjaga gol import untuk menggantikan penjaga gol utama JDT, Syihan Hazmi bagi memantapkan jentera pasukan bagi musim baharu.
Baginda menyuarakan perkara ini kepada hos Nindia Bola, Hafizal Hamad di Astro Arena berkenaan perancangan pasukan yang sudah hampir 90 peratus sempurna.
DYAM TMJ juga memaklumkan bahawa skuad Harimau Selatan yang bakal menerima 5 pemain bintang baharu termasuklah dua pemain tempatan dan tiga orang pemain import.
Baginda bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemain yang dimaksudkan sambil berkongsi tentang sasaran pasukan dalam saingan domestik dan Asia.
Ketika ditanya mengenai perancangan membawa masuk penjaga gol import ke dalam skuad JDT, TMJ memberi respon yang cukup padat.
“Kami (JDT) sudah ada Syihan Hazmi. Kemungkinan besar JDT tak beli penjaga gol import,” ujarnya di Astro Arena.
Baginda juga menyatakan sokongan pemain senior dalam bilik persalinan termasuklah mentor bagu posisi tersebut iaitu Farizal Marlias banyak memberi impak untuk memberi tunjuk ajar kepada Syihan Hazmi.
TMJ menyatakan hasratnya untuk melihat pemain tengah pasukan, Leandro Velazquez untuk menjadi pemain tempatan dapat ditunaikan selepas pemain itu menjadi tulang belakang pasukan sejak beberapa musim ini.
JDT kini sudah menjulang Piala FA, Liga Super dan bersaing sengit pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia dan juga pentas ACL musim 2023.