“Rakyat Akan Lihat Padang Setaraf Piala Dunia Di Malaysia” -Hans Isaac
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Dato’ Hans Isaace memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat stadium bertaraf Piala Dunia di Malaysia.

Menerusi satu perkongsian bersama Harimau Malaya, beliau mengambil maklum tentang kerisauan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi aksi Pestbaola Merdeka 2023 tempoh hari.

Hans Isaac juga memaklumkan beliau sentiasa mengambil berat akan kerisauan penyokong dan mahu memberikan yang terbaik buat bola sepak Malaysia.

Advertisements

Beliau juga tahu pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerima kritikan hebat berkenaan perkara ini namun meminta agar tempoh beberapa bulan ini diberikan untuk memberikan pengalaman baharu kepada penonton yang hadir ke stadium.

“Saya tahu di media sosial ramai yang menyerang saya tetapi saya diam. Tetapi dalam dua tiga bulan nanti, kalian akan lihat satu padang yang bertaraf dunia setanding dengan padang di Piala Dunia.”

Hans juga sudah pun memaklumkan agar stadium ini tidak digunakan terlalu awal namun segala keputusan terletak di tangan FAM.

Advertisements

“Cumanya di mana-mana stadium di dunia memerlukan tempoh 12 bulan namun agak tidak bernasib baik kerana kita hanya ada 8 bulan kerana Pestabola Merdeka. Saya sudah maklumkan agar tidak gunakan stadium ini dan pergi ke stadium lain tetapi FAM masih mahu menggunakannya,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Pihak PSM juga sudah memiliki tempat penjagaan rumput sendiri yang membolehkan rumput di Bukit Jalil digantikan pada bila-bila masa.

DYAM TMJ turut menjelaskan bahawa kontraktor yang bertanggungjawab untuk pemasangan rumput tersebut kerana ini syarikat sama yang dipertanggungjawabkan untuk pemasangan rumput di SSI.

Advertisements

“Kebiasaannya, rumput Zeon Zoysia memerlukan tempoh antara dua hingga tiga bulan bagi mencapai keadaan yang memuaskan. 

“Pendekatan sama turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim. “

“Tetapi national team (skuad kebangsaan) nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT,” katanya di platform X.

Advertisements

SNBJ dijangka bersedia sepenuhnya apabila Malaysia bakal melayan kunjungan Kyrgyzstan pada bulan November 2023 bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram