TMJ Ulas Situasi Sebenar Padang Zeon Zoysia Di SNBJ
Harimau Malaya
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Keadaan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan mendapat perhatian DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Ramai mengeluh melihat aksi Pestabola Merdeka 2023 malam ini membabitkan Malaysia dan India terganggu akibat keadaan padang yang kurang elok.

Untuk rekod, padang baru SNBJ ini menggunakan rumput Zeon Zoysia menggantikan rumput cowgrass yang digunakan sebelum ini.

Advertisements

Bagi Tunku Ismail, rumput jenis Zeon Zoysia memerlukan tempoh dua hingga tiga bulan untuk tumbuh bagi memastikan akar rumput jadi lebih kuat.

Pendekatan ini turut digunakan di stadium keramat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Advertisements

TMJ turut mempertahankan kontraktor yang bertanggungjawab untuk pemasangan rumput tersebut kerana ini syarikat sama yang dipertanggungjawabkan untuk pemasangan rumput di SSI.

“Kebiasaannya, rumput Zeon Zoysia memerlukan tempoh antara dua hingga tiga bulan bagi mencapai keadaan yang memuaskan.

Advertisements

“Pendekatan sama turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim.

“Tetapi national team (skuad kebangsaan) nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT,” katanya di platform X.

Advertisements

Perlawanan Malaysia-India malam ini merupakan aksi pertama bola sepak antarabangsa yang diadakan di SNBJ yang berwajah baru.

TMJ juga sudah memaklumkan lebih awal mengenai keadaan padang yang boleh terkopak semasa perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram