JDT Jadi Kelab Pertama Di Malaysia Gunakan Padang Hybrid
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi satu-satu kelab yang menggunakan rumput jenis hybrid di Malaysia apabila kerja-kerja pemasangan sudah pun dilakukan.

Perkara ini dikongsikan di laman Johor Southern Tigers, padang jenis hybrid yang baharu sedang dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin.

Menerusi analisis terperinci yang dilakukan oleh JDT, rumput tersebut akan dipasang pada semua fasiliti yang dimiliki oleh JDT.

Advertisements

Teknologi rumput ini sudah pun mendapat pengiktirafan dunia apabila digunakan secara meluas oleh kelab ternama di Eropah.

Padang hybrid ini merujuk kepada gabungan antara rumput asli dan juga sintetik dengan nisbah yang sama untuk memaksimumkan kelebihan yang ada pada rumput jenis masing-masing.

Pemasangan ini juga menjadikan JDT menjadi satu-satunya kelab di Malaysia yang menggunakan rumput jenis ini.

Advertisements

Menurut perkongsian beberapa laman ternama Eropah seperti SIS Pitches dan Ekip Grass, antara kelebihan padang hibrid ialah lebih mudah diuruskan kerana kurang pemotongan berbanding rumput jenis lain.

Selain itu, ia juga memerlukan kurang air selain kos penyelenggaraannya yang lebih rendah berbanding padang jenis lain selain mempercepatkan proses pemulihan rumput yang rosak dengan lebih cepat.

Padang ini juga lebih tahan lasak dan sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis sukan seperti bola sepak, golf, rugbi dan lain-lain tanpa perlu memikirkan tentang kerosakan padang.

Advertisements

Antara kelab terkemuka di Eropah yang menggunakan rumput jenis ini ialah di Camp Nou, Anfield dan juga Old Trafford.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram