Penjaga gol La Liga 2 bersama CD Eldense dilaporkan menuju ke Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkara ini dilaporkan oleh wartawan di Eropah iaitu Carlos Ganga yang memaklumkan mengenai seorang lagi watak besar bakal ke JDT.
Skuad Harimau Selatan telah mengumumkan ketibaan beberapa import baharu termasuklah Jorge Obregon baru-baru ini.
Carlos Ganga dalam satu hantaran memaklumkan bahawa penjaga gawang CD Eldense, Andoni Zubiaurre difahamkan sedang menuju ke JDT.
Khabar ini timbul susulan CD Eldense perlu melepaskan pemain bagi mematuhi had gaji yang ditetapkan oleh La Liga 2.
Pemain berusia 27 tahun ini telah pun tamat kontrak pada 30 Ogos 2024 bersama kelabnya selain memiliki pengalaman beraksi di La Liga bersama Real Sociedad.
Tonggak kelahiran Ordizia ini telah beraksi buat CD Eldense sejak tahun 2023 dengan perancang tengah JDT, Chico Geraldes telah menyertai kelab tersebut secara pinjaman.
JDT sebelum ini telah mendapatkan khidmat penjaga gol warisan negara, Christian Abad dari Elche B-19.
Beliau juga memiliki pengalaman luas pada pentas bola sepak Eropah bersama Real Sociedad.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak kelab dan juga pemain mengenai khabar angin perpindahan ini.