Penjaga Gol Veteran BG Pathum Gembirakan Kawasaki Frontale
MakanBola
BG Pathum

Penjaga gol berpengalaman BG Pathum United, Chatchai Budprom membuatkan Kawasaki Frontale tersenyum panjang.

Aksi ketiga Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara pasukan BG Pathum United dan Kawasaki Frontale menyaksikan tuan rumah berdepan ujian berat di Asia.

Anak didik Thongchai Sukkoki bagaimanapun berhempas-pulas untuk mencatatkan kemenangan di ACL musim ini selepas tewas kepada Ulsan Hyundai dan JDT.

Perlawanan berlangsung dengan cukup baik dengan pasukan pelawat terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi ledakan Daiya Tano pada minit ke-14.

Igor Sargeev memberikan kelegaan kepada tuan rumah sebelum tamat babak pertama menerusi satu jaringan cantik.

Bersambung babak kedua, tatkala BG Pathum rancak mengatur gerak, serangan balas Kawasaki Frontale memberi ancaman apabila larian deras Marcinho berjaya mencari rakan sepasukan dalam kotak penalti.

Bola itu bagaimanapun terbias kepada kapten Kawasaki, Kento Tachibanada yang berada dalam posisi amat baik untuk melepaskan rembatan.

Percubaan tersebut bagaimanapun terlepas dari dakapan Chatchai lalu masuk ke dalam gawang gol BG Pathum.

Sebelum ini, penjaga gol veteranitu juga tertampan bola muntah ke arah Juan Muniz ketika JDT merekodkan kemenangan 4-2 di Thailand.

BG Pathum masih ketandusan kemenangan di Asia dengan Marcinho meletakkan pasukan pelawat pada landasan kemenangan.