Advertisements
Penjaring Jeonbuk vs Selangor, Tiago Orobo Dulu Penjual Roti
ACL
MakanBola
Jeonbuk Hyundai Motors

Kisah unik penjaring gol Jeonbuk vs Selangor iaitu Tiago Orobo yang dulunya merupakan seorang penjual roti.

Kisah yang dipetik pada awalnya oleh pengulas Astro Arena, Aiman Roshizam membuka cerita berkenaan perjalanan tonggak berusia 31 tahun itu yang penuh suka dan duka.

Tonggak kelahiran Brazil itu muncul wira Jeonbuk Hyundai apabila tandukannya pada minit ke-22 sudah cukup untuk memastikan 3 mata buat tuan rumah.

Beliau berkelana sebahagian besar kariernya bersama kelab di Brazil seperti Porto PE. Coruripe, Confianca, Maringa dan Fortaleza sebelum ke Timur Tengah dan juga Korea.

Dilahirkan di Orobó-PE, Tiago mengharungi zaman kanak-kanak yang cukup sederhana dan terpaksa melakukan kerja di kedai roti untuk membantu keluarganya.

Bapa penyerang bekerja sebagai penjaga haiwan itu manakala ibunya hanyalah suri rumah lebih sepuluh tahun kerana masalah tulang belakang.

“Saya bekerja dengan melakukan segala-galanya. Saya menghantar roti, membersihkan lantai dan juga menjadi juruwang apabila saya memerlukannya. Pada akhir pekerjaan sebelum pulang, saya membawa pulang roti,” katanya.

Penyerang berketinggian 1.90 meter sempat menikmati musim cemerlang di Brazil bersama Fortaleza dan muncul selaku penjaring terbanyak pada tahun 2020 dengan 14 jaringan.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa perpindahannya ke Bahrain tidak berjalan seperti yang diharapkan.

“Saya pergi ke Bahrain, tetapi apabila saya sampai di sana saya lihat keadaannya berbeza sama sekali. Saya membatalkan kontrak dan kembali ke Brazil,” tambahnya.

Jeonbuk Hyundai kini mendahului carta kumpulan dengan 9 mata diikuti oleh Selangor, 7 mata selepas mengharungi 4 perlawanan.