Penyerang Berbisa ‘RM5 Juta’ Kawasaki Frontale Tinggalkan Pasukan
Transfer
Kawasaki Frontale
Advertisements

Kawasaki Frontale bakal memasuki kempen J1 League dan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim hadapan tanpa kelibat penyerang Brazil, Leandro Damiao.

Ini selepas Gremio mengumumkan kontrak beliau dan rakan senegara, Joao Schmidt bersama kelab itu sudah berakhir.

Ini sekaligus menjadikan aksi final Emperor’s Cup menentang Kashiwa Reysol sebagai aksi terakhir buat duo berkenaan.

Advertisements

Kedua-duanya bertuah kerana Frontale muncul juara selepas mengatasi Reysol menerusi penentuan sepakan penalti.

Biarpun sedih kerana perlu meninggalkan pasukan itu, Damiao bersyukur kerana diberi peluang mewakili Frontale selama lima musim dan meraih pelbagai pencapaian bersama mereka.

Advertisements

“Tempoh lima tahun yang saya habiskan di kelab ini merupakan satu tempoh berharga buat saya. Saya amat terhutang budi dengan keluarga Frontale.

“Saya mampu meraih gelaran penjaring terbanyak dan Pemain Paling Berharga (MVP) dalam J-League dan saya bersyukur kita dapat memenangi banyak trofi sebagai satu pasukan. Saya (gembira) dapat melakukannya.

Advertisements

“Ini satu kredit kepada pengurus, staf (kejurulatihan), rakan sepasukan, penyokong, pegawai kelab dan seluruh keluarga Frontale. Juga kepada mereka yang sentiasa menyokong saya dan mengangkat uniform saya dan bendera di stadium dan padang latihan.

“Kepada semua penyokong, ingatan anda sentiasa sampai kepada saya dan itu memberikan kekuatan kepada saya. Mulai dari sekarang, Frontale akan sentiasa berada dalam hati saya. Terima kasih, Kawasaki Frontale,” katanya di laman sesawang rasmi Frontale.

Advertisements

Transfermarkt mendedahkan Damiao sudah merekodkan 178 penampilan bersama pasukan itu termasuk dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Penyerang berusia 34 tahun itu telah menjaringkan 71 gol dan 27 bantuan gol untuk Gremio dalam tempoh lima musim.

Damiao meraih tujuh trofi bersama pasukan yang dibimbing Toru Oniki termasuk dua gelaran juara J1 League pada 2020 dan 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram