Penyerang Luar Negara ‘Ganti’ Romel Morales
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Penyerang berbisa Harimau Malaya, Romel Morales terpaksa disisihkan dengan penyerang luar negara menjadi pengganti.

Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 FIFA menentang Laos dan juga India.

Ad

Khabar kurang baik diterima apabila dua pemain telah pun mengalami kecederaan iaitu Natxo Insa dan Mukhairi Ajmal sebelum Romel turut mengalami nasib sama.

Ad

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Fergus Tierney bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Romel Morales.

“Fergus, 21, menggantikan Romel Morales dari Johor Darul Ta’zim yang tidak dapat melapor diri.

Ad

“Beliau disahkan mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Perak FC, malam tadi,” ujar FAM.

Ad

Empat pemain Johor Darul Ta’zim yang lain iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Mohd Hanapi melengkapkan skuad apabila sudah melapor diri dan akan menyertai sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Ad

Fergus dan kapten pasukan, Dion Cools akan terus menyertai pasukan di Bangkok, Thailand setibanya skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti di sana, esok.