Penyerang ‘RM5.4 Juta’ Kawasaki Frontale Tumpul, Peluang Kelab Malaysia Menyinar
MakanBola
Kawasaki-JST
Sponsors

Prestasi yang ditampilkan oleh kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale kurang memberangsangkan terutamanya bagi jentera serangan pasukan musim ini sekaligus membuka jalan buat kelab Malaysia lebih menyinar.

Pasukan bimbingan Toru Oniki itu kini berada di tangga ke-9 saingan J1 League selepas mengharungi 25 perlawanan musim ini.

Ad

Aksi jaguh Asia itu bagaimanapun terganggu susulan prestasi kurang memberangsangkan jentera serangan musim ini.

Ad

Berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh J League, Kawasaki Frontale hanya berjaya menjaringkan 34 gol setakat ini berbanding pendahulu liga, Yokohama FM dengan 49 gol.

Keadaan ini diburukkan dengan prestasi penyerang utama pasukan, Leandro Damiao yang tidak menjaringkan sebarang gol musim ini.

Ad

Penjaring terbanyak pasukan disandang oleh penyerang tempatan Jepun, Yasuto Wakizaka dengan 7 gol sahaja.

Ad

Keadaan ini memberikan sedikit kelebihan buat wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bersaing dalam satu kumpulan bersama Kawasaki.

Ad

Berdasarkan undian oleh AFC, JDT diundi dalam Kumpulan l bersama pendahulu Liga Korea, Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan wakil Thailand, BG Pathum.

Gawang gol Kawasaki Frontale juga kelihatan goyah selepas bolos 33 gol dalam 25 aksi sekaligus meletakkan keadaan pasukan dalam bahaya.

A397E829 13B3 424F 8303 184E4E3725F6 Penyerang 'RM5.4 Juta' Kawasaki Frontale Tumpul, Peluang Kelab Malaysia Menyinar

Aksi pertama ACL menyaksikan JDT bakal melayan kunjungan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim pada 19 September jam 9 malam.

Secara keseluruhannya, Kawasaki Frontale hanya mencatatkan 33 peratus kemenangan di laman sendiri manakala 38 peratus di tempat lawan pada musim ini.