Penyerang Vietnam Berazam Tinggi Untuk Kalahkan Malaysia
MakanBola
VFF

Penyerang berpengalaman Vietnam, Nguyen Cong Phuong menyuarakan keyakinan dan keazaman tinggi bagi membantu pasukannya mengalahkan Malaysia.

Vietnam dijadualkan bertemu Malaysia pada 10 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Cong Phuong, 30, berjanji akan memberikan segalanya dan mengabdikan dirinya buat ‘Sang Naga Emas’ bagi memastikan Vietnam dapat menewaskan Malaysia dalam perlawanan tumpuan tersebut,

“Jika diberi peluang, saya akan mengabdikan diri untuk membantu pasukan Vietnam mengalahkan Malaysia,” jelas Cong Phuong seperti dilaporkan Anninh Tu Do.

Untuk rekod, kali terakhir Cong Phuong menyarung jersi skuad kebangsaan Vietnam adalah pada 11 September 2023 dengan menyaksikan Vietnam menang 2-0 menewaskan Palestin. Salah satu gol telah dijaringkan oleh beliau.

Selepas aksi tersebut, namanya seakan-akan sukar untuk menembusi panggilan ke skuad kebangsaan Vietnam dan dengan kemenjadian prestasinya bersama kelab divisyen 2 Vietnam, Binh Phuoc FC musim ini telah membuatkan namanya kembali tersenarai.

Sepanjang musim 2024/2025, Cong Phuong telah merekodkan 9 gol dan membantu pasukan itu dalam situasi terbaik untuk dipromosikan ke Liga V1 Vietnam (V1 League).

Seramai 23 pemain telah dipanggil ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik bagi menghadapi Malaysia dengan pemilihan Cong Phuong menjadi bualan peminat di sana.