Penyerang Vietnam Beri Amaran Awal Kepada Malaysia B-23
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Aksi menggerunkan daripada penyerang Vietnam telah menjadi amaran awal kepada skuad Malaysia di Piala Asia B-23.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido terpaksa menelan hakikat apabila ditundukkan oleh Uzbekistan dengan keputusan 2-0 hasil kesilapan mudah untuk memberikan penalti pada awal permainan.

Barisan pemain muda negara bagaimanapun mahu segera melupakan aksi tersebut dan fokus menjelang aksi menentang Vietnam B-23.

Advertisements

Aksi yang ditampilkan oleh jentera serangan The Golden Warriors mula menjadi perhatian apabila menundukkan Kuwait dengan keputusan 3-1.

Laman AFC Asian Cup berkongsi detik penyerang pasukan Vietnam, Vi Hao Bui yang mula mempamerkan ketajaman selepas meledak dua gol menentang Kuwait.

Seorang lagi penyerang pasukan, Nguyen Van Tung juga mula mendapat rentak apabila menjaringkan satu gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya.

Advertisements

Ketenangan barisan serangan pasukan kendalian Hoang Anh Tuan untuk mengatur gerak jelas memberikan masalah menjelang aksi bertemu skuad kebangsaan.

Selepas ini, Malaysia dan Vietnam B-23 akan bertemu sesama sendiri dalam satu aksi pada 20 April 2024 di bagi aksi kedua peringkat kumpulan

Vietnam ketika ini mempimpin carta Kumpulan D diikuti oleh Uzbekistan dengan masing-masing mengumpul tiga mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram