Penyertaan Skuad Muda JDT Dalam Kejohanan Antarabangsa Bina Masa Depan Bola Sepak Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Penyertaan skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kejohanan antarabangsa telah mengukuhkan masa depan bola sepak di Malaysia.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera yang bakal menggalas tugas untuk menempuh dua kejohanan besar tahun ini.

Ad
Sponsors

Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah membawa 12 orang pemain B-16 JDT bagi menghadapi Kejuaraan B-16 Asean di Surakata, Indonesia pada 21 Jun hingga 3 Julai 2024.

Ad

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan JDT kerana membenarkannya untuk berkhidmat bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail dan JDT kerana membenarkan saya di sini kerana saya merupakan staf di JDT.”

Ad

Menurut Javier Ribera, penyertaan skuad muda JDT dalam kejohanan antarabangsa seperti yang berlangsung di Singapura telah banyak membantu untuk mencorakkan masa depan pelapis Malaysia.

Ad

“Penyertaan JDT dalam kejohanan antarabangsa seperti di Singapura (JSSL Singapore International) dan menimba pengalaman bertemu pasukan daripada Eropah seperti Valencia dan lain-lain,” jelasnya.

Ad

Jurulatih berusia 36 tahun itu juga menzahirkan penghargaan atas peluang yang diberikan oleh JDT apabila mula berkhidmat pada tahun 2017 sehingga kini.

Skuad JDT B-16 diuji dengan beberapa lawan bertaraf tinggi seperti Valencia (Sepanyol), Everton (England), Melbourne City (Australia), Sporting CP (Portugal), Urawa Reds (Jepun) dan juga JSSL (Singapura).

JDT telah merekodkan pencapaian membanggakan bagi skuad bawah umur terutamanya pada tahun 2023 pada peringkat antarabangsa selepas berjaya menjuarai JSE International Tournament (JDT U16), Borneo Football Cup (JDT U14), JSSL International 7’s Champions (JDT U13), Garuda International Cup (JDT U12) dan Puma Youth Champions League (JDT U12).