Penyokong China Berang Hampir Dimalukan Malaysia, Minta Duit Tiket Dipulangkan
Asia
FA MALAYSIA
Advertisements

Rata-rata penyokong pasukan China berang apabila pasukan kebangsaan mereka sekadar meraih keputusan seri berdepan Malaysia.

Hadir membanjiri stadium bagi menyatakan sokongan penuh buat skuad kebangsaan, penyokong China akhirnya terpaksa akur apabila dirantai Malaysia di laman sendiri.

Dengan keputusan 1-1 yang tercatat malam semalam, penyokong China menzahirkan rasa tidak puas hati selepas tamat permainan. Stadium Phoenix Hill dicemari dengan jeritan boo oleh peminat dan ramai yang meminta duit tiket mereka dipulangkan.

Advertisements

Difahamkan harga tiket yang dijual pada aksi Malaysia menentang China telah mencecah harga RM200 seorang.

Bukan itu sahaja, penyokong Naga Emas juga menengking dan mengherdik bekas pemain China, Zheng Zhi. Zheng Zhi yang kini ditugaskan sebagai penolong ketua jurulatih China hanya mampu menahan rasa geram dan merenung tepat kearah tempat duduk penonton.

Advertisements

Keputusan seri yang diraih anak buah Aleksandar Jankovic berdepan lawan yang ranking FIFA nya lebih rendah jelas memberi tamparan hebat buat pengendali asal Serbia itu. Beliau perlu kembali mencatat keputusan positif untuk aksi seterusnya bagi menambat kembali hati penyokong China.

China bakal meneruskan aksi persahabatan, Perlawanan Antarabangsa Tier 2 berdepan Syria pada Selasa depan. Perlawanan yang diadakan di Stadium Phoenix Hill itu dijadualkan berlangsung pada jam 7.35 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram