Penyokong Indonesia Mahu Indonesia Keluar AFC, Sertai Oceania
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Penyokong Indonesia mahu negara itu keluar daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) seandainya badan induk itu menerima permohonan Bahrain.

Pada 16 Oktober lalu, Persatuan Bola Sepak Bahrain (BFA) bakal membuat permohonan kepada AFC dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memindahkan aksi mereka menentang Indonesia pada Mac 2025 di gelanggang neutral.

Ad
Sponsors

Permohonan itu dibuat Bahrain kerana bimbang dengan keselamatan pasukan itu sekiranya mereka beraksi di Jakarta. Ini susulan keputusan seri 2-2 yang diraih Al-Ahmar dengan Tim Garuda pada awal pagi 11 Oktober lalu.

Ad

Susulan itu, Exco Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Arya Sinulangga memaklumkan bahawa Indonesia akan menghantar surat kepada AFC agar menolak permohonan yang dikemukakan Bahrain.

PSSI turut memberi jaminan keselamatan kepada Al-Ahmar apabila mereka beraksi di Jakarta nanti untuk saingan Kumpulan C.

Ad

Meskipun begitu, penyokong Indonesia mahu pasukan itu meninggalkan AFC dan menyertai Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC) sekiranya permohonan Bahrain diluluskan.

Ad

Untuk makluman, OFC terdiri daripada 13 negara dengan 11 daripadanya merupakan ahli penuh. 11 ahli itu ialah New Zealand, Fiji, American Samoa, Cook Islands, New Caledonia, Papua New Guinea, Samoa, Solomon Islands, Tahiti, Tonga dan Vanuatu.

Ad

Sementara Tuvalu dan Kiribati pula berstatus ahli bersekutu. Susulan perubahan yang diperkenalkan FIFA pada November 2023, pemenang pusingan kelayakan Zon Oceania bakal layak secara merit ke Piala Dunia 2026.

Manakala pasukan yang tewas di peringkat pusingan kelayakan Zon Oceania pula akan beraksi di pusingan playoff antara konfederasi. Ini akan menentukan pasukan mana layak untuk mengisi slot terakhir Piala Dunia.