Advertising
Penyokong Kedah Boleh Menang Proton X50 Dengan Cara Unik
MakanBola
KDA FC

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman memperkenalkan kempen pembelian pakej produk minuman untuk memenangi sebuah Proton X50.

Menerusi satu hantaran di laman sosialnya, Sang Kenari berusaha keras untuk menjana pendapatan tambahan bagi memastikan perjalanan musim berlangsung dengan baik.

Ad

Kempen terbaru menyaksikan para penyokong setia digalakkan untuk membeli pakej produk minuman More Choco iaitu minuman coklat dengan campuran kurma, arabic gum, malt, gula perang dan madu.

Ad

Kempen ini juga mensasarkan jualan 5,000 carton More Coco bagi mengaktifkan had terkumpul cabutan bertuah sebuah proton X50.

Satu karton More Choco mengandungi 20 pek paket minuman seberat 1 kilogram dengan harga RM320 tidak termasuk caj penghantaran.

Ad

Usaha ini bagi menjana pendanaan KDA FC dengan setiap pembelian pek More Coco memberi sumbangan 10 peratus hasil jualan kepada KDA FC.

Ad

“Setiap pembelian 1 katon More Coco, anda akan mendapat 1 nombor invois yang akan digunakan dalam cabutan bertuah kempen ini,” ujar laman KDA FC.

Ad

Kedah kini mengharungi kempen yang agak mencabar apabila menang satu perlawanan dan dua kekalahan kepada Selangor dan Perak.