Penyokong Tertanya-Tanya Maksud Sebenar Poster PDRM vs JDT
MakanBola
JST/PDRM FC

Penyokong mula tertanya mengenai maksud sebenar tentang poster perlawanan Liga Super antara PDRM dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT).

Aksi ke-7 Liga Super musim 2024/25 bakal melibatkan pertembungan antara PDRM dan juga skuad Harimau Selatan di Stadium Selayang.

Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada poster yang dikeluarkan oleh laman PDRM FC yang meraih respon pelbagai daripada para peminat.

Ad

Hal ini susulan kreativiti yang digunakan oleh PDRM FC yang mengguna pakai konsep filem adiwira dalam pembikinan poster tersebut.

Ad

“Poster tema filem? Apa kena mengena dengan bola sepak,” tanya individu di laman Facebook.

Persoalan ini dijawab oleh admin PDRM FC yang menjelaskan gambaran sebenar poster ini.

Ad
Ad

“Dia sama je macam apa kena mengena awak dengan PDRM FC. Ha macam tu. Tak ada kena mengena kan,” jelasnya.

Ad

Antara keunikan poster tersebut adalah dengan memaparkan watak wolverine yang mencakar taringnya pada tulisan PDRM dengan jari deadpool menahan cakaran tersebut.

Aksi PDRM dan JDT akan berlangsung pada 31 Julai 2024 di Stadium Selayang bagi minggu ke-7 Liga Super.