Perak Nyatakan Sokongan Kepada Yusri Che Lah
MakanBola
Perak FC

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah terus mendapat sokongan daripada pengurusan kelab itu meskipun berdepan prestasi yang kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Musim 2024/25 menyaksikan Perak merekodkan empat kekalahan daripada lima perlawanan Liga Super. Terbaru, pasukan itu tunduk 2-0 kepada Penang FC.

Ad

Satu-satunya kemenangan yang dilakar The Bos Gaurus dalam liga ialah pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 24 Mei lalu. Prestasi buruk yang dihadapi Perak ketika ini menyaksikan mereka berada di kedudukan ke-11 liga dengan tiga mata daripada lima perlawanan.

Ad

Selain itu, Perak juga terpaksa menelan kepahitan apabila disingkirkan Terengganu FC dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024.

Meskipun pasukan itu berdepan prestasi buruk ketika ini, pengerusi The Bos Gaurus, Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi percaya Yusri masih jurulatih tepat untuk membawa Perak ke hadapan.

Ad

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sokongan penuh kepada Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah. Pihak pengurusan yakin dengan kemampuannya dan kita harus ingat Coach Yusri adalah individu yang berjaya membimbing pasukan ke separuh akhir Piala Malaysia 2023 dengan menewaskan pasukan hebat seperti Kedah dan Sabah pada saingan musim lalu.

Ad

“Menewaskan Kedah sekali lagi musim ini membuktikan kita adalah pasukan yang boleh bersaing. Kami tetap yakin pasukan ini akhirnya akan lebih utuh dan beraksi seperti yang kita jangkakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

Pengurusan Perak berharap pasukan itu dapat bangkit menjelang aksi Liga Super seterusnya menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Aksi ini akan berlangsung pada 26 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.