Perbandingan Nilai Pasaran Jordi Amat & Park Jun-heong
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perbandingan nilai pasaran dua pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan juga Park Jun-heong.

Skuad Harimau Selatan baru sahaja mengumumkan ketibaan pemain pertahanan baru, Park Jun-heong dari Ratchaburi FC.

Advertisements

Pemain kelahiran Korea Selatan itu bakal menjadi tonik baharu untuk memantapkan lagi pertahanan JDT memasuki pertengahan musim 2024/25.

Gandingan hebat dijangka bakal dibentuk bersama kapten JDT, Jordi Amat yang sudah beberapa musim bersama pasukan.

Advertisements

Perbandingan nilai pasaran dua pemain ini mencuri tumpuan peminat terutamanya menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Park Jun-heong kini dinilai pada tanda harga 300,000 USD (RM1.5 Juta) berdasarkan kemas kini oleh laman Transfermarkt.

Advertisements

Nilai ini lebih rendah berbanding sahaja Jordi Amat yang mencecah 800,000 USD (RM4 Juta) dan menjadi antara pemain paling bernilai di JDT.

Pemain termahal JDT ketika ini kekal menjadi milik perancang tengah Syria, Jalil Elias pada tanda harga 3,000,000 USD (RM15 Juta).

Advertisements

Nilai skuad JDT pula telah mencecah RM62 Juta dan menjadi pasukan paling bernilai dalam kancah bola sepak Malaysia.

News Comments Account