Perbandingan ‘Saham’ Arif Aiman & Samu Castillejo Mengejutkan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perbandingan saham antara dua pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman dan juga tonggak baharu, Samu Castillejo mencuri tumpuan.

Skuad kendalian Hector Bidoglio mengumumkan kehadiran seorang lagi pemain baharu yang memiliki reputasi hebat di Eropah.

Ad

Bekas tonggak AC Milan ini secara rasminya menyertai skuad Harimau Selatan sebagai pemain import baharu yang bakal menggalas cabaran bagi aksi pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Beliau memiliki reputasi hebat di Eropah selain pernah membantu AC Milan menjulang Serie A. Castillejo juga merekodkan 26 jaringan dan 34 bantuan jaringan sepanjang 324 penampilan berdasarkan data laman Transfermarkt.

Nilai pasaran tonggak berusia 30 tahun ini dinilai sekitar 500,000 Euro (RM2.32 Juta) selain bergelar ejen bebas selama hampir 6 bulan.

Ad

Saham beliau ini berjaya diatasi oleh Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman yang turut beraksi pada posisi sama sepertinya.

Ad

Nilai pasaran Arif ialah 600,000 Euro (RM2.8 Juta) dan menjadi antara pemain paling bernilai dalam skuad Harimau Selatan.

Ad

Beliau juga merekodkan 5 jaringan pada saingan pentas tertinggi Asia ini dan berada setanding nama-nama besar seperti Cristiano Ronaldo dan juga Riyad Mahrez.

Ujian berikutnya buat JDT adalah pertembungan pusingan 16 terbaik menentang wakil Thailand, Buriram United pada 4 dan 11 Mac 2025 secara timbal balik.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments