Penyerang berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus menyinar manakala kelibat peledak Al-Nassr tidak kelihatan.
Tonggak berusia 23 tahun itu menjadi watak penting apabila membantu skuad Harimau Selatan melangkah ke pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE).
Juara bertahan Liga Super ini menjadi medan Arif untuk terus bersinar selepas muncul antara watak penting dalam kempen ACLE musim ini.
Beliau yang mencetak satu jaringan ketiga menewaskan Pohang Steelers 5-2 tempoh hari berada dalam Top Manager of Matchday 8 yang diumumkan oleh AFC baru-baru ini.
Situasi ini menyaksikan Arif Aiman kekal dalam kesebelasan terbaik ini selama 4 minggu bermula dari Matchday 4 sekaligus mengatasi beberapa nama terkemuka di Asia seperti Cristiano Ronaldo.
Kapten Portugal itu hanya berada dalam senarai Matchday 5 dan 7 sahaja sungguhpun mengumpul jumpah jaringan yang sama (5) dengan Arif Aiman.
Al-Nassr menamatkan saingan kumpulan ACLE di tangga ketiga dengan 17 mata dan bakal menentang Esteghlal bagi aksi pusingan 16.
Bisa pemain sayap kebangsaan ini ditagih tatkala JDT bakal berdepan jaguh Thailand, Buriram dalam aksi timbal balik pada 4 dan 12 Mac.