Advertising
Arif Aiman Amat Bijak
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors
FAM - Malaysia vs Nepal

Pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilabel sebagai pemain yang cukup bijak.

Tonggak berusia 23 tahun itu muncul antara pemain terbaik perlawanan apabila membantu JDT untuk membelasah Pohang Steelers dengan keputusan 5-2.

Ad

Pemain sayap lincah itu mencatat nama selaku penjaring ketiga pasukan apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Pohang Steelers, Yun Pyeong-guk.

Ad

Penjaga gawang itu melakukan satu hantaran lemah sebelum disambar oleh Arif yang sempat melakukan acahan untuk satu jaringan berkualiti.

Bekas pemain negara, Azmin Azram melabel tindakan Arif Aiman sebagai satu keputusan yang bijak untuk memperdaya penjaga gol sekaligus memberikan ruang terbuka untuk jaringan ketiga.

Ad

“Menurut pemerhatian saya, tindakan Arif itu amat bijak. Beliau sempat melakukan acahan dan menjaringkan gol berkualiti,” ujarnya kepada Astro Arena.

Ad

Beliau juga melihat bahawa tempoh permainan JDT bertambah baik selepas 30 minit permainan pada babak pertama dan meneruskan rentak tersebut pada babak kedua.

Ad

“Satu pencapaian untuk JDT untuk berada pada pusingan 16 terbaik,” tambahnya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments