Perbandingan ‘Saham’ Pemain Termahal Liga Malaysia & Indonesia
MakanBola
JST/SFC/BFC
Sponsors

Kedudukan pemain paling bernilai dalam kancah Liga Malaysia dan Liga 1 Indonesia mencuri tumpuan.

Saingan Liga Super 2024/25 bermula pada 10 Mei yang lalu masih terasa bahangnya sementara Liga 1 Indonesia kini berada pada penghujungnya.

Ad

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada beberapa pemain yang beraksi dalam dua saingan liga Asia Tenggara ini apabila memiliki nilai pasaran yang cukup baik.

Ad

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh laman Transfermarkt, pemain termahal Liga Super Malaysia ialah Jalil Elias yang kini bersama JDT.

Pemain berusia 27 tahun itu dinilai pada tanda harga 3 Juta Euro (RM15.3 Juta) diikuti oleh dua rakan sepasukan iaitu Chico Gerlades dengan nilai RM2.5 Juta (RM12.73 Juta) dan juga kapten Timnas Indonesia, Jordi Amat pada 800,000 Euro (RM4 Juta).

Ad

Pertahanan baharu Selangor FC, Umar Eshmurodov turut memiliki nilai pasaran signifikan pada tanda harga 700,000 Euro (RM3.5 Juta) dan beraksi cemerlang pada kempen Piala Asia 2023 yang lalu.

Ad

Nilai ini jauh meninggalkan para pemain di Liga 1 Indonesia apabila pemain termahal menjadi milik tonggak Madura United, Jaja dengan nilai pasaran 450,000 Euro (RM2.3 Juta).

Ad

Beliau berkongsi tangga teratas bersama pemain Timnas Indonesia, Marc Klok dan juga pemain tengah Persis Solo, Alexis Messidoro.

Nilai pemain kedua termahal di Indonesia pula milik beberapa pemain seperti Radja Nainggolan dan juga Rizki Ridho yang memiliki tanda harga 400,000 Euro (RM2.03 Juta).

Liga 1 Indonesia kini memiliki nilai setinggi 70.44 Juta Euro (RM360 Juta) manakala Liga Super Malaysia ialah 56.72 Juta (RM289 Juta).