Senarai perlawanan Liga Super 2024/25 bagi pusingan kedua (LS2) sudah pun menjadi perhatian umum.
Aksi pusingan pertama menyaksikan pelbagai cerita telah mewarnai kancah bola sepak tempatan apabila kembali membuka tirainya sejak kali terakhir kira-kira 5 bulan yang lalu.
Perlawanan minggu lalu menyaksikan hanya tiga pasukan merakamkan kemenangan iaitu Kedah, Terengganu dan Sri Pahang manakala Sabah, Penang, KL City dan Kuching City berkongsi mata sekaligus merekodkan aksi tanpa bolos.
Aksi JDT dan Selangor bagi perlawanan Piala Sumbangsih 2024 tidak diteruskan apabila Gergasi Merah memilih untuk tidak hadir ke Stadium Sultan Ibrahim.
Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super
1-Kelantan DN vs Sabah
Tarikh: 17 Mei 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: SSM KE-IV
Siaran Langsung: Okey TV
2-JDT vs Negeri Sembilan
Tarikh: 18 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 5:30 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, JB.
Siaran Langsung: Astro Arena
3-Selangor vs Kedah Darul Aman
Tarikh: 18 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium MBPJ
Siaran Langsung: Astro Arena
4-Perak vs PDRM
Tarikh: 18 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Ipoh, Perak.
Siaran Langsung: Astro Arena
5-Kuching City vs Sri Pahang
Tarikh: 19 Mei 2024 (Ahad)
Masa: 4:45 Petang
Venue: Stadium Negeri, Kuching.
Siaran Langsung: Astro Arena
5-Penang vs Terengganu
Tarikh: 19 Mei 2024 (Ahad)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Siaran Langsung: Okey TV
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.