Perbezaan Ketara Nilai Pasaran Arif Aiman & Ikhsan Fandi
MakanBola
AFC/FA Singapore
Sponsors

Nilai pasaran pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan Ikhsan Fandi menunjukkan perbezaan yang begitu ketara.

Pemain berusia 22 tahun itu cemerlang membantu Harimau Selatan untuk menggondol 4 trofi domestik pada tahun lalu.

Ad

Beliau turut merangkul beberapa anugerah termasuklah Pemain Paling Bernilai (MVP) buat tahun ketiga berturut-turut.

Ad

Menerusi perkembangan oleh laman Transfermarkt, nilai pemain sayap Harimau Malaya itu berada pada tanda harga 550,000 Euro (RM2.8 Juta) berdasarkan kemas kini terbaru.

Nilai ini meningkat berbanding kemas kini tahun lalu iaitu pada 450,000 Euro (RM2.3 Juta) sekaligus menjadi pemain tempatan termahal Malaysia ketika ini.

Ad

Kedudukan ini menyaksikan Arif Aiman berada pada nilai pasaran lebih baik berbanding penyerang kebangsaan Singapura, Ikhsan Fandi.

Ad

Pemain berusia 25 tahun itu beraksi di Liga Thailand bersama BG Pathum United sejak dua musim lalu.

Ad

Nilai pasaran terkini beliau adalah 300,000 Euro (RM1.5 Juta) dan turun dengan begitu mendadak sejak tahun lalu iaitu pada 400,000 Euro (RM2.04 Juta).

Keadaan ini menunjukkan perkembangan positif tentang Arif Aiman dan Liga Malaysia untuk terus meningkatkan nilai komersial pemain.

Dua watak penting ini dijangka terus ditagih oleh pasukan kebangsaan masing-masing menjelang aksi ke-4 peringkat kumpulan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Jun ini.