Perbezaan Terkini Nilai Pasaran Haqimi Azim & Arif Aiman
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia/ MakanBola
Advertisements

Perbezaan terkini nilai pasaran dua penyerang muda negara, Haqimi Azim Rosli dan Arif Aiman Hanapi mencuri tumpuan peminat.

Peledak KL City itu berada dalam senarai 23 orang pemain yang dibawa ke Piala Asia B-23 oleh ketua jurulatih Juan Torres Garrido.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun ini hanya masuk sebagai pemain gantian dalam dua aksi awal menentang Uzbekistan dan juga Vietnam.

Beliau akhirnya diberi kepercayaan oleh barisan kejurulatihan apabila turun dalam kesebelasan utama menentang Kuwait.

Advertisements

Detik itu terbalas apabila beliau meledak gol tunggal Malaysia B-23 namun tidak cukup apabila kecundang di tangan Kuwait dengan keputusan 2-1.

Arif Aiman pula merupakan watak penting buat skuad negara dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar.

Advertisements

Antara momen besar yang terpahat dalam kalangan penyokong Harimau Malaya adalah jaringan penalti pemain berusia 22 tahun itu ketika menentang Korea Selatan.

Beliau kini sedang menjalani aksi pra-musim bersama skuad Harimau Selatan di Sepanyol setelah merekodkan tiga kemenangan berdepan Real Murcia, La Nucia dan juga Club Costa City.

Advertisements

Menerusi kemas kini data oleh laman Transfermarkt, nilai semasa Haqimi kini mencecah 125,000 Euro (RM640 Ribu) sementara Arif Aiman pula ialah 550,000 Euro (RM2.8 Juta) berdasarkan data bulan Disember 2023.

Kedua-dua pemain ini pernah beraksi bersama skuad senior dengan kali terakhir Haqimi dipanggil adalah pada kempen Piala AFF 2022.

Advertisements

News Comments Account