Perbezaan nilai pasaran dua tonggak baharu Liga Malaysia, Ali Olwan dan Enzo Lombardo mencuri tumpuan.
Skuad Gergasi Merah baru sahaja mengumumkan ketibaan penyerang kebangsaan Jordan itu selepas bergelar ejen bebas.
Kali terakhir beliau beraksi adalah di Qatar bersama Al-Shamal SC namun kurang mendapat tempat.
JDT pula terus rancak dalam kancah perpindahan pemain apabila mengumumkan ketibaan pemain Perancis, Enzo Lombardo.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan dari kelab La Liga2, SD Huesca.
Menurut laman Transfermarkt, Ali Olwan dinilai pada tanda harga 500,000 USD (RM2.23 Juta) berdasarkan kemas kini terbaru.
Nilai ini lebih tinggi berbanding saham Enzo Lombardo yang berada pada tanda harga 400,000 USD (RM1.78 Juta) ketika ini.
Kehadiran dua pemain ini dengan menyertai Selangor dan JDT bakal merancakkan lagi saingan Liga Super musim ini.
JDT bakal menjadi wakil tunggal Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala Selangor dalam kancah ACL2.