Perbezaan ranking Malaysia dan Lubnan mencuri tumpuan peminat.
Aksi Pestabola Merdeka 2024 bakal menjadi tugasan pertama di bawa kendalian pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente.
Harimau Malaya kehilangan sentuhan Kim Pan-gon selepas dua tahun enam bulan sekaligus menyaksikan penggantinya mengambil alih.
Tugasan getir menanti skuad negara untuk merampas semula kejuaraan daripada Tajikistan yang muncul juara edisi lalu.
Kemas kini terbaru oleh FIFA menyaksikan Lubnan kini menghuni tangga ke-116 dunia manakala Malaysia di tangga 134 dunia.
Dua lagi pasukan iaitu juara bertahan, Tajikistan berada pada kedudukan ke-103 dunia dan Filipina 147 dunia.
Pada esidi tahun lalu, Malaysia berjaya melakar kemenangan bergaya 4-2 ke atas India sebelum tewas 0-2 pada aksi final di Bukit Jalil kepada Tajikistan.
Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 akan berlangsung pada 4 September melibatkan pertemuan antara Tajikistan dan Lubnan dengan Malaysia bakal menerima tentangan Filipina.
Penentuan tempat ke-3 dan juga final Pestabola Merdeka 2024 bakal berlangsung pada 8 September 2024 di venue sama.