Perbezaan Ranking Terkini Malaysia & Tajikistan Jadi Perhatian
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Perbezaan kedudukan ranking FIFA terkini melibatkan Malaysia dan Tajikistan menjadi tumpuan peminat tanah air.

Hal ini susulan pasukan Asia Tengah itu bakal beraksi dalam Pestabola Merdeka 2024 yang bakal berlangsung September ini.

Ad
Sponsors

Dua lagi pasukan yang bakal menghangatkan saingan tersebut ialah Lubnan dan juga wakil Asia Tenggara, Filipina.

Ad

Juara bertahan edisi 2023 itu bagaimanapun kelihatan tempang selepas kehilangan ketua jurulatih, Petar Segrt yang meletak jawatan pada bulan Februari lalu.

Cabaran hebat menanti Harimau Malaya sekiranya diundi berdepan Tajikistan yang kini menghuni tangga ke-102 dunia dengan 1212 mata.

Ad

Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon pula berada pada kedudukan ke-135 dunia selepas menamatkan saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 di tangga ketiga kumpulan.

Ad

Pada edisi Pestabola Merdeka Ke-42 tahun lalu, Harimau Malaya yang berjaya menewaskan India 4-2 pada aksi separuh akhir 13 Oktober 2023 namun sekadar muncul naib juara selepas tewas 2-0 kepada Tajikistan pada Final yang berlangsung pada 17 Oktober 2023.

Ad

Majlis undian Pestabola Merdeka 2024 akan dimaklumkan kemudian bagi menentukan pasukan yang bakal bertembung pada Separuh Akhir.