Ads
Asia
JST/Selangor FC

Perbezaan kedudukan terkini dua pasukan Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Asia mencuri tumpuan.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio mengekalkan rekod cemerlang dalam kempen musim 2024/25 apabila menewaskan Sabah dengan keputusan 3-1.

Advertisements

Selangor pula kini menghuni tangga ke-2 Liga Super berkunjung ke Cheras bagi menentang KL City FC.

Advertisements
Advertisements

Kemas kini oleh laman Opta Analyst menyaksikan perbezaan ketara ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan Malaysia ini.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan kini mengumpul 75.2 mata.

Advertisements

Ini sekaligus menyaksikan kedudukan JDT naik ke tangga 16 di Asia dan memintas beberapa pasukan gergasi lain seperti Urawa Reds (17), Cerezo Osaka (20) dan juga Kawasaki Frontale (23).

Copy of Untitled Design 12 Perbezaan Terbaru Kedudukan JDT & Selangor Di Asia

Selangor pula menghuni tangga ke-140 di Asia dengan 65.2 mata dan memberi tekanan kepada dua kelab besar di Korea Selatan iaitu Busan iPark (135) dan juya Suwon Bluewings (137).

Advertisements

JDT bakal menjadi wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala Selangor di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram