Perdana Menteri Mahu FAM Sediakan Pelan Rapi Guna RM15 Juta
MakanBola
Hannah Yeoh
Sponsors

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memiliki pelan perancangan terperinci membabitkan penggunaan dana kerajaan berjumlah RM15 juta.

Perkara ini dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan kepimpinan FAM hari ini. Kepimpinan FAM diwakili Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman.

Ad
Sponsors

Pertemuan ini turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub dan Timbalan Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin.

Ad

Hannah memaklumkan pelan tersebut diminta Anwar bagi membolehkan prestasi skuad bola sepak negara dipantau. Selain pelan perancangan, FAM juga perlu merangka Indeks Prestasi Utama (KPI) sebagai cara memantau prestasi pasukan itu.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.

Ad

“Tuntutan itu dikemukakan sebagai balasan kepada komitmen kerajaan yang bersetuju memberi peruntukan RM15 juta untuk membantu usaha memperkasakan pasukan kebangsaan, termasuk skuad bawah 23 tahun kebangsaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ad

Hannah turut memaklumkan peruntukan tersebut juga akan dipantau secara berkala oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ad

Selain itu, KBS bakal meminta bantuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian semula terhadap Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).

Ini bagi membolehkan sebarang kelemahan yang dikenal pasti semasa proses penilaian dapat ditambah baik demi pembangunan akar umbi.

“KBS akan mendapatkan khidmat bantuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian semula (review) keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) yang dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) supaya penambahbaikan boleh dilakukan,” tambahnya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan suntikan dana kerajaan RM15 juta bagi membantu aspek pengurusan, latihan dan kebajikan pasukan bola sepak negara.