Peristiwa Malaysia Lawan Jordan Berulang Kembali
MakanBola
FA Malaysia

Peristiwa Malaysia menentang Jordan kira-kira 10 bulan lalu berulang kembali.

Skuad kendalian Pau Marti terbang ke Auckland bagi menghadapi tentangan pasukan ke-95 dunia, New Zealand.

Usaha memperagakan persembahan terbaik tidak kesampaian apabila tunduk dengan keputusan 4-0 kurang 24 jam lalu.

Malaysia berjaya merantai pergerakan anak buah Darren Bezeley pada babak pertama namun tidak mampu menandingi kekuatan lawan pada babak kedua apabila bolos 4 jaringan.

Situasi ini mengingatkan penyokong Harimau Malaya ketika skuad negara beraksi pada aksi pembukaan Piala Asia 2023 menentang finalis, Jordan.

Pasukan kendalian Hussein Ammouta tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Malaysia dengan jaringan sama iaitu 4-0.

Kekalahan itu juga menjadi keputusan terbesar yang dialami oleh bekas jurulatih, Kim Pan-gon dan juga pengendali, Pau Marti Vicente.

Harimau Malaya bermula baik di bawah kendalian pengendali Sepanyol itu apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 menewaskan Lubnan.

Ujian berikutnya buat skuad kebangsaan adalah menentang India pada bulan November sungguhpun peluang memasuki Balang 1 Kelayakan Piala Asia 2027 sudah tertutup.