Pengendali Penang FC, Akmal Rizal memberitahu bahawa perjalanan pasukannya masih jauh dan perlu bekerja lebih kuat.
Skuad kendaliannya kini melonjak ke kedudukan ke-6 Liga Super selepas merekodkan keputusan seri 2-2 ke atas Kuching City.
The Phanters kini merekodkan dua kemenangan, 4 seri dan dua kekalahan selepas 8 perlawanan setakat ini.
Beliau memaklumkan bahawa prestasi pasukannya berada dalam keadaan baik namun tidak mahu terlalu selesa.
“Sikit sahaja lagi, kena kerja lagi kuat.
“Perjalanan masih jauh,” jelas Akmal pada satu hantaran di laman X.
Penang juga menjadi pasukan ke-3 dengan jumlah bolos terendah dalam saingan liga iaitu 8 kali dengan JDT menjadi pasukan paling kebal dengan hanya 4 kali bolos.
Pasukan utara tanah air itu juga akan berehat panjang sebelum melayan kunjung JDT pada 13 September 2024.