Permintaan Kim Pan-gon Ke UAE Ada Halangan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Senario getir melanda kem Harimau Malaya ketika ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon meminta agar beberapa siri persahabatan diadakan di Ameriah Arab Bersatu (UAE) sebelum aksi menentang Oman.

Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin tentang situasi sebenar yang terjadi dalam kem negara.

Katanya, sungguhpun perancangan awal adalah untuk mencari beberapa negara Timur Tengah untuk mengadakan akai persahabatan, perkara itu tidak dapat ditunaikan susulan aksi di luar kalendar FIFA.

Advertisements

Namun begitu, Hamidin memberitahu bahawa usaha ini tidak membuahkan hasil yang akhirnya menyaksikan skuad negara hanya menghadapi cabaran Nepal sebagai aksi pemanas badan.

“Kim Pan-gon meminta untuk pergi ke UAE atau mana-mana bagi menghadapi aksi pemanas badan tetapi ketika kita berbincang beberapa kelab tak lepaskan pemain.”

Advertisements

“Takkan 5 orang sahaja nak pergi? Pada masa itu berapa hari bulan, ketika itu JDT dan Selangor (sudah menjalani latihan pra-musim) dan kita memang nak pergi.”

Hamidin juga memberitahu kepada Pan-gon bahawa beliau mahu melihat Harimau Malaya menentang negara dan bukannya pasukan liga di sana.

Advertisements

“Saya memberitahu Kim Pan-gon yang saya nak Malaysia lawan negara, bukan kelab. Akan tetapi, pada masa itu bukan di dalam kalendar FIFA. Kita juga tidak dapat mengumpul skuad penuh lebih awal,” ujar Hamidin ketika ditemui di Hotel Dorsett, Subang Jaya.

Persiapan pincang itu menyaksikan skuad negara mengalami dua kekalahan di tangan Oman dengan kehilangan -15 mata untuk turun ke tangga 136 dunia ketika ini berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram