Pernah Dikutuk & Dihina, Aksi ‘Licik’ Liridon Krasniqi Akan Buat Kim Pan-gon Melompat Kegembiraan
Blog
MakanBola.com
Advertisements

Sejurus menerima kerakyatan Malaysia, Liridon dicanang sebagai ‘penyelamat’ bola sepak Malaysia namun perkara disebaliknya terjadi setelah aksi hambar beliau bersama kem negara yang ketika itu dikendalikan Tan Cheng Hoe.

Selepas kontrak pinjamannya bersama Newcastle Jets tidak disambung, Liridon Krasniqi berpindah ke India menyertai kelab Odisha FC yang menamatkan kempen 2021/22 di tangga ke-7 Liga Super India selepas 20 perlawanan.

Dikutuk & Dihina

Walaupun Liridon Krasniqi menjadi bahan jenaka di Malaysia oleh sesetengah penyokong, pemain tinggi lampai dengan kelebihan fizikal ini jelas mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam mengawal jentera tengah.

Advertisements

Di Liga Super India beliau berada di tangga ke atas dalam carta pemain paling berjaya melepasi lawan (gelecek) dengan peratusan sebanyak 83%.

Mengayam-ayamkan Pihak Lawan

Aksi Liridon menggelecek pihak lawan di ISL juga dirakam dan beliau kelihatan sangat selesa bermain di sana.

Apa yang diperlukan Liridon Krasniqi Bersama Harimau Malaya?

Pengurus & Ketua Jurulatih baru Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk kembali memanggil pemain berumur 30 tahun ini sekaligus mencetuskan perdebatan di kalangan penyokong Malaysia.

Advertisements

Sebelum ini sebahagian penyokong percaya Liridon tidak sesuai bermain bersama Malaysia dan sebahagiannya pula berpendapat Liridon perlu diberikan kebebasan ketika beraksi untuk mendapatkan aksi yang baik.

Walaubagaimanapun semasa di Kedah antara tahun 2016 – 2018, Liridon berjaya memikat hati penyokong Hijau Kuning dengan aksi memukaunya selain berjaya menjaringkan 17 gol dalam 65 penampilan.

Liridon memerlukan rakan midfield dan penyerang yang boleh bergerak kiri dan kanan tanpa henti agar beliau boleh membuat hantaran-hantaran kemas seperti yang berjaya dilakukan di ISL.

Advertisements

Liridon akan menjadi statik dan kelihatan tidak berguna jika bermain bersama penyerang yang berjalan dan tidak tahu mencari ruang.

Hazwan Bakri, Hong Wan & Liridon

Kembalinya Hazwan Bakri dalam senarai kem negara tidak digemari oleh sesetengah penyokong namun ramai yang tidak sedar Hazwan masih lagi berbisa jika diberikan peluang dan ruang.

Pemain yang pandai mencari ruang dengan larian pantas sebagai penyerang ini dilihat mampu kembali bangkit jika diberikan cukup ruang beraksi bersama pemain kreatif seperti Liridon.

Advertisements

Kim Pan-gon turut menyenaraikan Hong Wan, bekas pemain akademi Wolverhampton yang beraksi cukup baik sebagai CDM bersama JDT semasa perlawanan pra-musim di UAE.

Seandainya Hong Wan berjaya menawan hati Pan-gon sebagai CDM, hal ini akan memberikan kelebihan kepada Liridon untuk lebih bebas dibahagian serangan.

Terpulang kepada Kim Pan-gon

Walaubagaimanapun, semua ini terpulang kepada Kim Pan-gon untuk membuat keputusan dan percaturan mengguna pakai 30 pemain yang dipanggilnya baru-baru ini.

Pemain-pemain lain seperti Arif Aiman dan Faisal Halim turut dilihat sangat sesuai digunakan jika Malaysia benar-benar ingin bermain dengan formasi 433 seperti yang dicanangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram