Advertising
Kim Pan Gon Umum 30 Pemain Bakal Beraksi Untuk Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih merangkap pengurus skuad kebangsaan, Kim Pan Gon telah mengumumkan 30 pemain yang bakal dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bagi aksi menentang Filipina dan Singapura kelak.

14 pemain dari JDT dipanggil dengan 2 pemain muda turut diberi kepercayaan iaitu Shio Hong Wan dan Ramadhan Saifullah. Selain itu, penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli turut dipanggil buat kali pertama.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Ad

Luqman Hakim, Dion Cools, Dominic Tan, Quentin Cheng pula antara nama yang pernah dipanggil sebelum ini. Manakala Darren Lok pula kembali menyarung jersi Harimau Malaya setelah sekian lama tidak dipanggil.

Ad

Walaupun beberapa nama seperti Hakimi Abdullah, Faisal Halim dan Nor Azam Azih belum bermain perlawanan liga super musim ini ekoran perlawanan ditunda, mereka tetap mendapat peluang dipanggil Kim Pan Gon.

Malaysia akan bertemu Filipina pada 23 Mac ini manakala Singapura pula pada 26 Mac dan satu lagi aksi Malaysia akan menentang kelab Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac ini.

Ad
Ad