Pernah Jadi Gandingan Bintang Arsenal, Bekas Peledak Porto Bakal ‘Gegar’ Terengganu
MakanBola
Torres & Viera
Sponsors

Kemunculan bekas penyerang Porto, Angel Torres menjadi perkara yang dinanti-nantikan menjelang aksi pembukaan Piala AFC 2023 antara wakil Malaysia, Terengganu FC dan Central Coast Mariners.

Persiapan wakil Australia itu kelihatan begitu rapi alabila membawa masuk beberapa muka baharu untuk memantapkan pasukan.

Ad

Pasukan yang berada di tangga kedua saingan A-League musim lalu itu bagaimanapun serius untuk bersaing di pentas Asia musim ini.

Ad

Menerusi satu pengumuman oleh Central Coast, pasukan secara rasmi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Colombia, Angel Torres.

“Pemain berusia 23 tahun itu tiba di kelab setelah beraksi untuk pasukan Malta, Balzan FC.”

Ad

Torres telah menjaringkan 14 gol dan membantu enam gol dalam 22 penampilan Liga Perdana Malta.”

Ad

Beliau sebelum ini beraksi buat kelab gergasi Portugal, Porto FC dan menjaringkan dua gol dalam Liga Belia UEFA edisi 2018/19 sekaligus membantu skuad itu mara ke final.

Ad

Torres membantu Porto untuk memenangi kejohanan itu dan dinobatkan sebagai pasukan remaja terbaik di Eropah selepas menewaskan Chelsea 3-1.

“Pemain berusia 23 tahun itu bermain bersama beberapa pemain pasukan utama Porto semasa dalam skuad remaja itu, serta pemain Arsenal Fabio Vieira,” ujar kenyataan Central Coast.

View this post on Instagram

A post shared by Fábio Vieira (@fabiodfvieira)

Pengalaman beliau dijangka menjadi taruhan pasukan untuk beraksi berdepan Terengganu pada aksi pembukaan Piala AFC 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 20 September 2023.