Persiapan Sabah Diuji Hebat
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Pasukan Liga Super, Sabah FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan tonggak penting menjelang aksi berdepan Terengganu.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam misi untuk kembali mendapatkan momentum terbaik selepaa tewas beberapa perlawanan.

Ad

The Rhinos tewas tiga perlawanan daripada 5 aksi terakhir dan mahu bangkit untuk mengutip mata berdepan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner.

Ad

Sabah bagaimanapun dijangka tidak dapat menurunkan pertahanan tengah, Dominic Tan yang mengalami kecederaan bersama Harimau Malaya.

Pemain berusia 27 tahun itu terpaksa diusung keluar akibat tersadung padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang menimbulkan rasa kurang senang Kim Swee.

Ad

“Keadaan padang yang buruk bukan saja menjejaskan keselamatan pemain tetapi juga kualiti keseluruhan permainan. Kita harap selepas ini, langkah-langkah konkrit diambil bagi memastikan padang dijaga pada tahap tertinggi.

Ad

“Para pemain kita berhak mendapat persekitaran yang terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka dan bermain dengan selamat,” ujarnya.

Ad

Aksi Sabah dan Terengganu berlangsung pada 15 September 2024 jam 8:15 malam di Stadium Likas.