Ads
Ong Kim Swee ‘Tegur’ Padang SNBJ
Harimau Malaya
Haziq/MakanBola

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang elok menarik perhatian jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements

Isu padang SNBJ kembali menjadi bualan apabila Dominic Tan mengalami kecederaan semasa aksi final Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia dan Lubnan pada 8 September lalu.

Advertisements

Kecederaan tersebut menyebabkan bek tengah berusia 27 tahun itu terpaksa diusung keluar oleh pasukan perubatan. Situasi ini turut menyebabkan pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memasukkan Feroz Baharudin sebagai pengganti Dominic.

Advertisements
Advertisements

Bekas bek tengah Police Tero itu bukan satu-satunya pemain yang mengalami kecederaan di padang SNBJ. Skuad negara turut kehilangan khidmat Afiq Fazail dalam aksi awal kejohanan menentang Filipina pada 4 September lepas.

Sementara The Azkals pula kehilangan khidmat Patrick Reichelt akibat kecederaan dalam aksi penentuan tempat ketiga dengan Tajikistan.

Advertisements

Kim Swee menyifatkan isu ini perlu ditangani segera oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Ini kerana keadaan padang SNBJ yang kurang elok memberi imej buruk kepada negara.

“Tahniah kepada skuad kebangsaan kita kerana memenangi Pestabola Merdeka. Walau bagaimanapun, dalam kita meraikan pencapaian ini, amat penting untuk menangani isu keadaan padang SNBJ.

“(Keadaan padang) cukup membimbangkan dan langsung tidak menunjukkan prestij yang bersesuaian dengan kejohanan dan pasukan hebat (yang bertanding),” katanya dalam satu ciapan di X.

Kim Swee turut melihat kualiti padang yang buruk bukan saja menjejaskan kualiti permainan pasukan yang beraksi. Malah, ini mendedahkan pemain kepada risiko kecederaan.

Beliau percaya sekiranya situasi ini ditangani secara tuntas, ini akan membantu Harimau Malaya melakar lebih banyak kejayaan untuk jangka masa panjang.

“Keadaan padang yang buruk bukan saja menjejaskan keselamatan pemain tetapi juga kualiti keseluruhan permainan. Kita harap selepas ini, langkah-langkah konkrit diambil bagi memastikan padang dijaga pada tahap tertinggi.

“Para pemain kita berhak mendapat persekitaran yang terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka dan bermain dengan selamat,” ujarnya.

Advertisements

Kim Swee bukan asing dengan SNBJ. Ini kerana di stadium inilah, beliau membimbing skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) muncul juara Pestabola Merdeka 2013.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram