Persiraja Banda Aceh Bakal Uji Penang
MakanBola
Persiraja Banda Aceh/Penang FC

Kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh bakal menguji Penang FC untuk aksi persahabatan kelab antarabangsa pada November ini.

Perkara ini dikongsikan sendiri presiden kelab, H. Nazaruddin Dek Gam apabila ditanya tentang perancangan menghadapi pusingan kedua Kumpulan 1 Liga 2 Indonesia musim 2024/25.

Ad

Dengan pusingan kedua kumpulan bakal berlangsung pada 16 November ini, tempoh rehat tersebut mahu dimanfaatkan pengurusan Persiraja untuk mengekalkan kecergasan pemain.

Ad

Perlawanan itu bakal berlangsung pada 6 November ini di Stadium Haji Dimurthala, Banda Aceh. Ini menjadikan Penang sebagai pasukan ketiga dari Malaysia yang diuji Laskar Rencong.

“”Kita akan aksi persahabatan lawan Penang FC di Stadium H. Dimurthala pada 6 November 2024. Sebelum pusingan kedua dimulakan, kita ada rehat dan kita manfaatkan untuk perlawanan ini,” katanya di laman sesawang rasmi Persiraja.

Ad

Selain Sang Harimau Kumbang, Laskar Rencong juga sudah berhubung dengan tiga kelab Liga 1 Indonesia iaitu Bali United, Borneo FC dan Persebaya Surabaya.

Ad

Nazaruddin berharap dapat menarik salah satu pasukan dari divisyen utama Indonesia untuk menerima undangan aksi persahabatan di Banda Aceh.

Ad

“Kita lagi mencuba berhubung dengan kelab Liga 1, Bali United atau Borneo FC, bahkan Persebaya, kami sudah menghantar surat kepada mereka untuk aksi persahabatan di sini,” ujarnya.

Sebelum ini, Persiraja pernah menguji kekuatan dua lagi pasukan Liga Super iaitu Selangor FC dan PDRM FC pada 2023. Kedua-dua perlawanan berakhir dengan kemenangan buat Merah Kuning dan Sang Saka Biru.

Satu nama yang dijangka dikenali penyokong Penang ialah kapten Laskar Rencong, Andik Vermansyah. Andik bukan asing dengan bola sepak Malaysia kerana pernah beraksi untuk Selangor dan Kedah.