Bek tengah Fortuna Dusseldorf, Kenneth Schmidt menafikan beliau memiliki darah warisan Vietnam.
Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bek tengah berusia 23 tahun itu memiliki darah Madagascar dan Vietnam.
Ini sekaligus menyaksikan khidmat Schmidt diintai Madagascar dan Vietnam agar dapat mewakili salah satu negara berkenaan di peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun, portal Vietfoot melaporkan bekas pemain SC Freiburg itu menafikan dirinya memiliki darah Vietnam atau Madagascar.
Vietfoot turut berkongsi tangkap layar komen Schmidt berhubung perkara itu. “Saya (memiliki darah) dari Nigeria dan Jerman!!! Saya bukan orang Vietnam atau Madagascar,” katanya.
Penafian bekas pemain Hannover 96 itu sekaligus menamatkan spekulasi tentang status dirinya selepas berada dalam radar Vietnam selama dua tahun.