Advertisements
Pertembungan ‘Keras’ Feroz Baharudin & Clayton Curi Tumpuan
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perebutan bola sepak berlaku antara pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin dan juga penyerang Perak FC, Clayton Silviera.

Pertahanan berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Harimau Selatan dan membentuk gandingan bersama Shahrul Saad pada posisi pertahanan tengah.

JDT terus mendominasi saingan Liga Super apabila melakar kemenangan besar 5-0 ke atas The Bos Gaurus baru-baru ini.

Perbualan hangat dalan kalangan peminat bola sepak berlaku selepas berlakunya perebutan bola secara keras antara Feroz Baharudin yang berusaha menghalang kemaraan barisan serangan.

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh Astro Arena, kejadian pada minit ke-37 itu menyaksikan terdapat halangan yang dilakukan oleh Feroz ke atas Clayton dalam kotak penalti.

Penyerang Perak itu terjatuh selepas perebutan bola itu namun pengadil perlawanan, Razlan Jofri Ali tidak memberikan reaksi terhadap situasi itu.

Peminat rata-ratanya memiliki pandangan berbeza terhadap situasi yang berlaku di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

“Pemain lawan (Clayton) berjaya mendapatkan bola terlebih dahulu,” ujar Ilyafaisal pada ruangan komen Astro Arena.

“Bola itu jelas penalti kerana pemain Perak menyentuh bola terlebih dahulu. Keputusan sepatutnya penalti,” tambah Mohdrosseni.

Kemenangan itu membolehkan JDT terus menapak gagah dalam saingan liga musim ini dengan kelebihan 11 mata ke atas pasukan tangga ke-2, Selangor FC.

Related Articles