Pertemuan Malaysia & Indonesia Terjadi Di AFF Women’s Cup
UltraSukan
FAM/PSSI
Sponsors

Kejohanan AFF Women’s Cup 2024 bakal dihangatkan dengan pertemuan epik di antara Malaysia & Indonesia.

Skuad wanita negara dan Indonesia telah diundi berada di dalam satu kumpulan menjelang aksi AFF Women’s Cup yang dijadualkan berlangsung di Laos pada penghujung November ini.

Ad

Pada sesi undian yang dijalankan pada Sabtu menyaksikan 6 buah negara yang mendapat kedudukan terendah pada edisi 2022 telah diundi kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

Ad

Pasukan kebangsaan yang dibimbing oleh Soleen Al Zoubi diundi berada di dalam kumpulan B bersama-sama jiran serumpun, Indonesia dan juga Kemboja.

Manakala, di dalam kumpulan A pula, tuan rumah iaitu Laos, akan berentap bersama Singapura dan juga Timor Leste.

Ad

Kejohanan kali ini bagaikan pentas kelayakan bagi enam buah negara ini dengan dua pasukan terbaik bagi setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir dan diikuti final serta tempat ketiga.

Ad

Tiga negara terbaik bagi kejohanan AFF Women’s Cup ini akan layak ke ASEAN Women’s Championship yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Ad

Kali terakhir skuad wanita negara bertemu Indonesia adalah pada AFF Women 2022 dengan keputusan terikat 1-1 hasil gol lewat dari kapten Malaysia, Steffi Sindhu di minit akhir permainan.

Ketika ini pasukan wanita kebangsaan sedang bersiap sedia bagi mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi dan Laos di UAE minggu hadapan.

Manakala, Indonesia yang berada di ranking 104 akan berdepan negara di ranking ketujuh dunia, Belanda dalam satu aksi persahabatan pada 25 Oktober di De Vijverberg.