Pertimbang Tawaran Luar Negara? Ini Respon Arif Aiman
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia musim 24-25, Arif Aiman Hanapi menjawab persoalan mengenai pertimbangan untuk bermain di luar negara.

Tonggak berusia 23 tahun itu membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang trofi keempat domestik iaitu Piala Malaysia selepas jaringannya mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang pada aksi final Piala Malaysia 2025.

Ad

Beliau yang juga pemenang MVP Liga Malaysia buat kali keempat berturut-turut itu menjadi watak penting skuad kendalian Hector Bidoglio termasuklah dalam kancah AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini.

Ad

Beberapa khabar angin bertiup kencang mengenai dakwaan kelab luar negara yang dikatakan berminat untuk mendapatkan tonggak berbisa Harimau Malaya ini.

Arif Aiman bagaimanapun menyatakan keinginannya untuk terus berjuang bersama JDT dan sedar beliau perlu menambah usahanya untuk terus menjadi pilihan bersama kelab Selatan tanah air.

Ad

“Cabaran yang saya maksudkan itu tidak merujuk kepada bermain di luar negara. Saya tidak mengatakan bahawa beraksi di luar itu bagus atau tidak tetapi cabaran di JDT juga amat sukar.

Ad

“Impian saya adalah untuk kekal di JDT, tetapi itu bukan mudah. Saya perlu bekerja keras jika mahu kekal di JDT untuk selamanya,” katanya ketika ditemui.

Ad

Arif juga mengakui bahawa keputusan kelab luar untuk mencari pemain yang beraksi di Liga Malaysia juga tidak berlaku dengan mudah.

“Mungkin orang luar senang untuk mengatakan ada tawaran dari luar, tetapi bukan mudah kelab luar mahu mencari pemain dalam Liga Malaysia,” tambahnya.

Beliau telah merekodkan 19 jaringan dan 14 bantuan jaringan musim 2014/25 termasuklah persembahan cemerlang di ACLE.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments