ABK2425: Arif Aiman Pemain Paling Bernilai 4 Musim Berturut-Turut
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bintang Johor Darum Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai bagi 4 musim berturut-turut.

Tonggak berusia 23 tahun ini satu lagi musim yang cukup gemilang bersama JDT apabila sudah pun merangkul 3 kejuaraan iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala FA.

Malah, nama Arif juga menjadi bualan hangat di Asia apabila meledak 5 jaringan buat JDT dalam saingan AFC Champions League Elite(ACLE) musim ini untuk berada di dalam senarai penjaring terbanyak.

Hasil persembahan cemerlang pada musim ini, Arif telah diangkat selaku Pemain Paling Bernilai buat kali keempat ketika Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) pada Rabu.

Untuk rekod, Arif Aiman telah merangkul gelaran Pemain Paling Bernilai musim 2021, 2022, 2023 dan juga 2024-2025 juga.0